CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

LUAHAN 3 JIWA 3 CERITA TANPA SUARA

LUAHAN 3 JIWA 3 CERITA TANPA SUARA

FRIENDSHIP!

Daisypath Friendship tickers

VISITORS :

August 3, 2012

SAYA

aku bukanlah seorang perempuan yg baik dan sempurna tetapi aku mencuba menjadi seorang gadis yg kau inginkan.. 

jika aku salah betulkan aku
jika aku jatuh bngunkan aku
jika aku leka sedarkan aku
jika aku marah tenangkan aku
jika aku jahil ajarilah aku

sesungguhnya aku seorang manusia kerdil yg sentiasa membuat kesilapan. maafkan aku








July 31, 2012

bersangka baiklah pada ALLAH


Sesungguhnya Allah lah yang menciptakan cinta. Dan Dialah juga yang menghamparkan bahagia. Dia yang mengutuskan duga, dan Dialah juga yang mengirimkan hampa. Namun hakikatnya itu semua adalah bukti kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya, dan juga tanda menguji keimanan diri manusia terhadapNya.
Bukannya Dia tidak tahu betapa sedihnya hatimu, sengsaranya jiwamu, apabila bahagia yang dipinta namun penderitaan yang tiba. Bukannya Dia ingin menzalimi hamba-hambaNya sedangkan kita semua diciptakan untuk mengabdikan kepadaNya.
Namun yang sebenarnya, semua itu ditakdirkan sebegitu kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hati yang pernah di'ratah' dengan kesedihan, jiwa yang di'baham' dengan penderitaan, akan ada satu masa pasti akan mencari tempat pergantungan, dan disitulah seorang hamba yang benar-benar beriman akan kembali kepadaNya dalam kehidupan. Dia mengetahui hati dan jiwa sebegini akan lebih dekat dan akrab denganNya dengan merintih dan memohon kepadaNya.
Kekadang Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya. Adakalanya musibah itu terjadi untuk menyedarkan jiwa dan hati diatas perbuatan-perbuatan kita. Dan adakalanya juga, musibah yang menimpa hidup kita itu tanda kerinduan Allah untuk mendengar luahan hati kita lantaran sunyinya hati kita dari berdoa, meminta kepada Allah.
Betapa hebatnya perancangan dan ketentuan Allah Ta'ala, tidak mengira tempat dan juga masa, setiap detik yang Dia ciptakan pasti ada rahmat dan hikmah yang terkandung disebaliknya. Namun hanya orang terbuka hatinya yang mampu mencari hikmat tersebut. Oleh itu, sucikanlah hati dan bersihkan lah jiwa, agar hati kita sentiasa terbuka dengan hidayahNya.
Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan.
Ingatlah, satu saat di hadapan, tidak mampu kita tafsirkan apa yang bakal berlaku, kerana setiap sesuatu dalam hidup ini, bukanlah suatu kepastian di masa depan sebagaimana dalam sangkaan kita.


July 30, 2012

friends or BFriends??

which one do you think is the most important??

FRIENDS or BOYFRIEND aka BF??

setiap org ada pandangan masing2. fikir yg mana lebih mengenali hati kita. sebelum kita knl bf kita siapa yg mendengar masalah kita, tempat kita meluahkan perasaan bila tgh sedih mara gembira dan ssh senang bersama. tak salah kalau kita lebih memilih bf tp berpada2.

bila kwn ajk lpk nanti saya tnya bf saya dulu nanti dia mara.. tp bila bf ajak kua cepat jew *OK syg.. padahal sebelum neh takde pn nak mntk permission dari sape2 even ngn parents kita pn tak bgtaw kan..

kalau mmbe ajak pegi karoke dan lepak smpai lewat mlm bf kita tak bg la, lain kali eh..sorry.. wahh..sebelum neh kau la yg ajak lepak karoke n lpk smpai tgh malam sume kan

kalau btl nk mintak permission nape tak mntak dkt parents nape mesti bf?? agak terkejut disitu..maybe die cuba mnjadi seorg gf yg baik dan setia which is very good and i hope his bf will do the same thing too :)

pray for your happiness :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...